Pencarian seorang tekong bot nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya karam di perairan Pulau Kapas dihentikan.<br /><br />Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata operasi carilamat itu dihentikan pada jam 7 petang Sabtu selepas empat hari pencarian dilaksanakan.